Posts Tagged ‘ibu

24
May
08

Belaian Ibu (Hijjaz)

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan, tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang, bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang, betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu, membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang, debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman; dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan; rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang; bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu; hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku; kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih; betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu; membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

Advertisements